Kenyataan Media :
DAP cabar Kerajaan Negeri Perak mempamerkan 40, 637 unit Rumah mampu milik yang kononnya dibina utk pemeriksaan orang Awam sejak 2013
(Ipoh 17hb April)
1. DAP hari ini mencabar kerajaan negeri mempamerkan 40, 637 unit rumah mampu milik yang kononnya telah dan akan dibina dalam negeri Perak sejak tempoh 2013 hingga 2016.
2. Pengerusinya YB Nga Kor Ming dalam kenyataan media hari ini menyatakan penafian EXCO kerajaan Negeri Dato Rusnah adalah tidak logik kerana Syarikat Perumahan Negara bukan agensi kerajaan Negeri dan rumah yang dibinanya adalah peruntukan dari persekutuan.
Kor Ming berkata, perbahasannya dalam Dewan Negeri adalah berdasarkan kepada sijil ketua audit negara dan berasas kukuh.
3. Menurut Laporan Ketua Audit negara, dalam tempoh 2012 hingga 2014, terdapat seramai 4341 pemohonan utk rumah mampu milik tetapi hanya 240 unit saja berjaya di bina dalam tempoh yang sama. Maka adalah amat tidak logik kerajaan kononnya ada membina 40,637 unit rumah rakyat & rumah mampu milik sedangkan pada hakikatnya permohonan utk rumah rakyat hanya 4341 orang.
4. Laporan Ketua Audit juga menyatakan bahawa kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM78.15 juta untuk melaksanakan 4 projek perumahan rakyat dalam negeri Perak dibawah RMK-10 tetapi hanya satu projek saja berjaya siap mengikut waktu iaitu di simpang perdana, changkat Jering tetapi baki 75% GAGAL menepati masa yang ditetapkan.
5. Selain itu, sebagai Agensi Kerajaan yang telah diberi milik lebih 2,000 ekar Tanah pembangunan, Perbadanan Menteri Besar Perak( MB Inc) juga jelas gagal membina perumahan rakyat utk membantu rakyat jelata.
6. DAP meminta kerajaan negeri mengkaji semula pelbagai caj pembangunan yang tidak munasabah sehingga menyebabkan kos pembinaan meningkat 20% dan akibatnya pihak pemaju tidak mampu utk membina rumah mampu milik. Sejak 2013, caruman Lembaga Air Perak meningkat 900%, lesen iklan PBT meningkat 900%, caj pembangunan baru 10% dikenakan dan pelbagai cukai termasuk GST 6% pula dikenakan ke atas semua bahan binaan.
Oleh demikian, DAP mecabar kerajaan negeri mempamerkan semua 40,637 unit rumah kos rendah, rumah rakyat dan rumah mampu milik yang konon dibina oleh kerajaan negeri & agensi kerajaan negeri seperti didakwa utk pemeriksaan awam.
YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak/ADUN Kepayang
Tarikh : 17/4/16.
No comments:
Post a Comment