Kenyataan Media :
Keengganan PAS berunding amat dikesali dan berhasrat untuk menguntungkan UMNO
( 22/5/16)
1. Walaupun Pakatan Harapan Perak telah membuat tawaran terbuka kepada PAS sejak 2 minggu lalu untuk bertanding di salah satu kerusi di 2 PRK yang ditetapkan pada 18hb Jun, tetapi sikap angkuh & keengganan pimpinan PAS untuk berunding menunjukkan parti itu kini hanya berminat untuk menguntungkan UMNO.
2. PAS menyedari bahawa sebarang perlawanan 3 penjuru antara BN, Pakatan Harapan dan parti itu akan menguntungkan BN tetapi parti itu tetap degil dengan sikap tutup pintu enggan berunding, sikap sedemikian menunjukkan PAS mahu menggagalkan usaha Pakatan untuk mengalahkan UMNO, adalah amat pelik tujuannya berpolitik bukan untuk menang tetapi ingin menjadi "sekutu sulit" UMNO-BN.
3. Adalah lumrah hidup mana-mana parti politik untuk membuat rundingan, tetapi sikap tutup pintu yang dipamerkan oleh Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang kini menunjukkan parti itu sudah menolak pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk menyelamatkan UMNO, sebuah parti perkauman yang terpalit dengan pelbagai skandal.
4. Memandangkan PAS kini tidak lagi ingin bersama pakatan pembangkang sebaliknya lebih cenderung untuk " menasihati UMNO", rakyat Malaysia tetap berhak untuk mendapat satu barisan alternatif yang lebih mampan untuk menggantikan UMNO-BN, oleh itu adalah disyorkan Pakatan Harapan meletak calon yang terbaik di kedua-dua PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar supaya rakyat mempunyai peluang memilih siapa yang paling layak mewakili mereka di Parlimen pada 18hb Jun ini.
Sekian, terima kasih.
YB Nga Kor Ming
Ahli Parlimen TAIPING/Pengerusi DAP Perak
22hb Mei, 2016
No comments:
Post a Comment