Wednesday 21 September 2016

SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menjadi alat politik UMNO

Kenyataan Media

SPR melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menjadi alat politik UMNO

(Ipoh 21/9/16)

1. Pakatan Harapan Perak membidas tindakan SPR yang sanggup melanggar Perlembagaan Persekutuan, menggadaikan prinsip demokrasi serta sanggup diperkudakan oleh UMNO dalam persempadanan kawasan pilihanraya tahun 2016.

2. Persempadanan kawasan pilihanraya yang diumum pada 14hb September ini menyaksikan perbezaan bilangan pengundi dekat 10 kali ganda wujud di sesetengah kawasan parlimen.
Kerusi parlimen Damansara akan mempunyai 150,439 orang pengundi sebaliknya Putrajaya hanya mempunyai 17,627 orang pengundi. Perbezaan yang ketara ini jelas merupakan mainan kotor politik & mengkhianati prinsip demokrasi.

3. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR melanggar Perkara 113 2(c) jadual 13 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki persempadanan kawasan pilihanraya perlu "mempunyai bilangan pengundi yang semakin sama yang boleh." Akan tetapi yang kini berlaku adalah terdapat 14 kawasan parlimen yg mempunyai lebih dari 100,000 orang pengundi dan kesemua kerusi parlimen ini adalah kerusi yang dimenangi oleh pembangkang pada PRU-13. ( senarai 1)

4. Persempadanan kali ini juga mencipta rekod baru dimana ada kerusi parlimen yang mempunyai bilangan pengundi yang melebihi lebih 2 kali ganda dari bilangan purata kawasan parlimen( electoral quota) sebanyak 68,000 orang seperti di Bangi, Damansara, Klang & Petaling Jaya yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 125,000 orang sebaliknya kawasan yang dimenangi oleh BN jelas mempunyai bilangan pengundi di bawah paras purata bilangan pengundi kawasan parlimen seperti Putrajaya, Igan, Lawas & Tanjung Manis yang hanya mempunyai bilangan pengundi kurang dari 27,000 orang. (senarai 2) Jurang perbezaan melebihi 5 Kali ganda ini telah mengkhianati prinsip " one Man, one vote" dan jelas adalah tidak masuk akal.

5. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR turut terlibat dalam politik perkauman dimana banyak kerusi campuran ( mixed seat) yg mempunyai pengundi pelbagai kaum kini dijadikan kerusi majoriti satu kaum, seperti contoh Parlimen Lumut. Kawasan DUN Sitiawan di bawah parlimen Lumut yang mempunyai 27,769 orang pengundi akan dipindah ke kawasan parlimen baru Ayer Tawar tanpa persetujuan dari mana-mana pengundi2 yang terlibat dan Lumut kini menjadi kawasan parlimen Melayu. Polarisasi kaum ini sudah tentu akan menjejaskan perpaduan nasional dan tidak mencerminkan keadaan sebenar masyarakat majmuk Negara kita.

6. Persempadanan kali ini juga menyaksikan SPR sengaja memecahkan kawasan pilihanraya untuk membantu UMNO menang sehingga sanggup derhaka kepada prinsip hak rakyat utk memilih kerajaan. Penyokong pembangkang juga dipindah secara sistematik utk membantu UMNO menang.




Seperti contoh, kawasan parlimen Bukit Gantang, sebanyak 8,952 orang pengundi yang telah menyokong pembangkang di kawasan Simpang telah dipindah keluar dari Changkat Jering dan masuk ke dalam kawasan Aulong sekaligus melenyapkan peluang pembangkang menang di parlimen Bukit Gantang & DUN Changkat Jering yang hanya mempunyai majoriti tipis 1170 undi majoriti.

Keadaan sabotaj yang serius ini juga berlaku di 6 kawasan DUN iaitu di Tebing Tinggi, Bidor, Titi Serong, Sg Rapat, Hutan Melintang & Changkat Jering.

7. Pakatan Harapan membantah dengan sekeras-kerasnya persempadanan kawasan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan & demokrasi di semua kawasan yang terlibat dan menyeru rakyat bersatu & bangkit untuk mempertahankan satu sistem pilihanraya yang bersih, telus & adil. Setiap bantahan memerlukan 100 orang pengundi mengisi borang dan semua pihak boleh dapat borang bantahan secara Online dari http://.dart.bersih.org/

Tarikh : 21hb September, 2016.

YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak/Ahli Parlimen Taiping

No comments:

Post a Comment