Kenyataan Media
DAP bangga sebagai musuh utama UMNO, sebuah parti Kleptokrat & fahaman sempit perkauman yang sudah tidak relevan lagi
1. DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum yang berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia sejak parti ini ditubuhkan 50 tahun dulu, iaitu pada 18hb Mac, 1966.
2. Setelah berjuang selama setengah abad, DAP harus berasa bangga, parti ini yang berpegang kepada prinsip " Malaysia untuk rakyat Malaysia" kini berjaya menjadi musuh utama parti UMNO, sebuah parti Kleptocrat, gila kuasa & berfahaman perkauman sempit berusia 70 tahun.
3. DAP akan terus berjuang untuk semua kaum & agama termasuk bangsa Melayu. DAP mendaulatkan perlembagaan persekutuan dan merupakan sebuah parti yang berjuang untuk sebuah kerajaan yang bersih, keadilan social & kedaulatan undang2.
4. Perlu ditegaskan Melayu di Pulau Pinang terus maju dibawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan yang dipelopori oleh DAP.
Fakta di depan mata kita adalah Kerajaan negeri Pulau Pinang terus memartabatkan Islam dimana peruntukan untuk agama Islam meningkat 3 kali ganda dari RM24 juta menjadi RM62 juta jika dibandingkan dengan zaman BN dulu. Semua sekolah agama rakyat , sekolah mubaligh & sekolah menengah agama turut mendapat peruntukan tahunan berpuluh juta tiap2 tahun & keluarga miskin, ibu tunggal kaum Melayu turut dibela dan diberi bantuan kebajikan masyarakat.
Maka jelas fitnah jahat UMNO terhadap DAP semata-mata merupakan politik kotor untuk mengalih perhatian rakyat khususnya masyarakat Melayu dari skandal raksasa 1 MDB, isu penghapusan subsidi, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan teruk Ringgit & masalah ekonomi yang semakin genting & meruncing.
5. Perlu diingati Setiausaha Agong DAP, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pernah mengorbankan diri masuk ke dalam penjara demi mempertahankan nasib seorang gadis Melayu belum dewasa yang dirogol oleh orang kenamaan. Jangan kita jadi manusia yang lupakan budi & pengorbanan Lim Guan Eng sebaliknya tertipu dengan retorik politik kosong pemimpin UMNO yang jelas hanya berminat untuk berkuasa & mengumpul kekayaan peribadi.
6. Sebagai kerajaan ketika ini, UMNO perlu hentikan segala retorik politik kosong sebaliknya mereka perlu selesaikan segera skandal kewangan terbesar dunia, iaitu 1 MDB, isu hutang negara, kenaikan harga barang, kejatuhan Ringgit & masalah ekonomi yang sedang membebankan hidup rakyat.
7. Sekarang adalah abad ke-21, Rakyat bukan bodoh dan boleh diperdayakan oleh UMNO lagi. Rakyat boleh menilai sendiri siapa pencuri, penyamun, perompak atau pembela kekayaan negara. Kita bukan lembu, kita manusia yang wajib menentang kemungkaran dan melawan rasuah yang kini telah merosakkan sistem negara kita.
8. DAP bersama Keadilan, Amanah & Bersatu akan terus berganding bahu dibawah payung Pakatan Harapan menentang kemungkaran & kezaliman BN.
Tarikh : 2/12/2016
Nga Kor Ming
Timb Bendahari Agong DAP/Ahli Parlimen TAIPING.
No comments:
Post a Comment