Wednesday 27 July 2016

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

1. Pakatan Harapan Negeri Perak membidas tindakan pemuda UMNO yang membuat Laporan polis terhadap 3 orang pegawai terkanan kerajaan iaitu Pesuruhjaya SPRM, Bekas Peguam Negara dan Bekas Gabenor Bank Negara.

Pakatan Harapan menganggap ia adalah satu kelakuan biadap, tidak bijak dan merupakan ugutan politik terhadap semua penjawat awam.

2. Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis melempar tuduhan berat terhadap Pesuruhjaya SPRM Tan Seri Abu Kassim, Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dan bekas Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail menjual maklumat kepada FBI serta terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dato Seri Najib bin Tun Razak adalah satu serangan terbuka ke atas kredibiliti institusi penjawat awam negara ini.

3. Pakatan Harapan mendapati tindakan pemuda UMNO tersebut merupakan satu ugutan politik terhadap penjawat awam dengan tujuan supaya institusi dan agensi kerajaan diperkudakan oleh UMNO untuk melindungi mereka yang rasuah dan mencuri duit 1 MDB yang berjumlah berbillion ringgit.

4. Pakatan Harapan mempersoalkan pemuda UMNO mengapa mereka tidak membuat laporan terhadap Jho Low, Riza Aziz, dua pegawai Abu Dhabi serta " Malaysia Official One" yang dinamakan oleh jabatan Kehakiman Amerika syarikat yang terlibat dalam skandal penyelewengan dan penipuan duit 1 MDB berjumlah sehingga US3.5 bilion atau RM14,000 juta dana awam milik rakyat Malaysia. Tindakan pemuda UMNO menunjukkan sayap UMNO ini menyokong rasuah dan hilang segala kewibawaan.

5. Pakatan Harapan berpendapat bahawa laporan polis pemuda UMNO kini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak adalah terlibat dalam skandal 1 MDB. Pihak polis harus menyiasat kesemua identiti yang disebut oleh kertas tuduhan jabatan kehakiman Amerika Syarikat termasuk " Malaysia Official One".

Tarikh 27hb Julai, 2016

Senator YB Dr Manuty Muhammad
Pengerusi PKR Negeri Perak

YB Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak

Tuan Hj Asmuni Alwi
Pengerusi Amanah Negeri Perak

No comments:

Post a Comment