Sunday 10 July 2016

Kenyataan media :

Kegagalan BN menolak fitnah sebaliknya menyokong politik kotor utk mencemar nama baik DAP amat dikesali

(Ipoh 11/7/16)

Kegagalan BN, khususnya UMNO untuk menolak fitnah sebaliknya menyokong politik kotor untuk mencemar nama baik DAP wajib ditolak.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dalam kenyataan media hari ini menyatakan bahawa lukisan Kartoon yang didakwa kononya menghina Aidilfitri adalah PALSU dan tidak berkaitan dengan beliau tetapi BN bukan saja enggan membetulkan keadaan sebaliknya cuba mengeruhkan keadaan dengan membuat demonstrasi semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

Nga telah mengeluarkan kenyataan media semalam untuk menyatakan penjelasan bahawa beliau tidak pernah melukis Kartoon mahupun muatnaik Kartoon itu di laman Facebook beliau tetapi masih ada pihak yang sengaja melontar tohmahan melulu tanpa asas.

Nga berkata ini bukan kali pertama beliau menjadi mangsa kepada fitnah kotor musuh politik, malahan laporan pernah dibuat kepada SKMM dan tindakan mahkamah pernah diambil tetapi keadaan masih berulangan.

Nga yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata beliau amat kesal dengan budaya fitnah yang kini disemarakkan oleh musuh politik DAP walaupun mereka sedar fitnah adalah dosa besar disisi Islam.

Nga mengulangi pendiriannya bahawa beliau amat menghormati agama Islam malahan sentiasa cuba memberi sumbangan kepada keluarga Islam yang memerlukan bantuan khususnya dalam kawasan yang diwakilinya.

"Jelas peristiwa kali ini adalah satu lagi helah politik kotor yang cuba mencemar nama baik DAP dan saya berharap rakyat dapat menolak budaya politik kotor ini supaya menegakkan keadilan untuk mangsa fitnah." Nga berkata

Nga Kor Ming menyatakan begitu kepada wartawan selepas merasmikan satu kempen derma darah di TESCO Taiping pagi ini.


( Gambar ) : Nga Kor Ming menderma darah utk kali ke-16 membantu hospital Taiping menambah bekalan darah pihak hospital.

No comments:

Post a Comment