Tuesday 12 July 2016

Kenyataan media

(Ipoh 13/7/16)

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Ipoh terhadap Kartoon Facebook yang didakwa berkaitan dengan " dedak" Hari Raya.

Nga menyatakan dia tidak pernah melukis dan memuat naik gambar tersebut atas akaun Facebook beliau dan beliau bersedia untuk membantu polis dalam menjalankan siasatan.

Demi membantu siasatan polis, beliau akan hadir ke ibu pejabat polis di Bukit Aman pada hari minggu depan. Beliau menyeru semua pihak jangan memanjangkan perkara ini serta menghormati siasatan polis.

Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping menegaskan bahawa beliau adalah mangsa fitnah dan ia sentiasa menghormati agama Islam malahan Islam mengajar semua pihak supaya menjauhi perbuatan fitnah.

Dalam laporan polis, beliau juga membuat laporan terhadap pemuda UMNO yang melakukan 3 kali himpunan haram di ibu pejabat DAP Malaysia, ibu pejabat DAP Perak dan pusat khidmat DAP Taiping yang jelas melanggar Akta Perhimpunan Aman dan kanun keseksaan.

Kor Ming berkata, kelakuan pemuda UMNO yang membuang duit neraka, memaki hamun kaum Cina serta melawan anggota polis jelas mencerminkan wajah sebenar parti UMNO dan rakyat Malaysia boleh buat penilaian sendiri supaya sama-sama menolak mainan politik kotor tersebut.

Turut hadir hari ini untuk memberi sokongan kepada Kor Ming di balai polis termasuk Ketua pembangkang DUN Perak, Dato Seri Mohd Nizar bin jamaluddin, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, ADUN Sungkai, Sivanesan, Ketua DAPSY Wong Kah Woh, Ketua biro Perpaduan kaum DAP Perak, Zulkifli bin Arrifin Ariff serta ramai pemimpin wanita & ahli-ahli dewan undangan negeri yang lain.

(Gambar) : Kor Ming menunjukkan laporan polis terhadap gambar fitnah bersama pemimpin Pakatan Harapan yang datang memberi sokongan di balai polis.

No comments:

Post a Comment