Sunday, 31 July 2016

KENYATAAN MEDIA

* KENYATAAN MEDIA

1. Keputusan kerajaan Pulau Pinang membatalkan pilihanraya negeri terbukti wujud semangat konsensus dalam Pakatan Harapan.

2. Keputusan membatalkan pilihanraya negeri kerana tidak ada persetujuan dari PKR terbukti perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani pada tahun 2015 adalah mengikat dan wajib diikuti oleh semua parti, samada DAP, PKR dan Amanah.

3. Berdasarkan kepada perjanjian tersebut, semua keputusan dasar wajib mendapat persetujuan ketiga-tiga parti dan DAP telah membuktikan DAP akur & patuhi perjanjian tersebut. Teladan baik ini harus diberi penghargaan dan adalah wajib untuk diikuti oleh semua komponen parti Pakatan Harapan pada masa depan.

4. Amalan Konsensus akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Harapan kerana terbukti wujud sistem imbang dan periksa kuasa dari segi dalaman pakatan pembangkang ini.

5. Keputusan ini juga membuktikan Pakatan Harapan adalah berbeza dengan Barisan Nasional dimana dalam BN, UMNO membuat keputusan muktamad tanpa merujuk dan mempedulikan pandangan 12 komponen parti yang lain termasuk mengizinkan pembentangan rang undang-undang persendirian yang dikemukakan oleh PAS.

6. Saya menyeru sekretariat Pakatan Harapan dengan kadar segera menggubal dasar bersama dan mengatur program bersama ketiga-tiga parti supaya Pakatan Harapan dapat diperkukuhkan dari peringkat akar umbi sehingga ke peringkat pusat.

Terima kasih.

Tarikh : 31hb Julai, 2016

Nga Kor Ming
Pengerusi DAP Perak
Timbalan Bendahari Agong DAP

No comments:

Post a Comment